Wednesday, 9 December 2020

SATU AMALAN YANG DIJAMIN KITA MASUK SYURGA

 Assalamualaikum w.b.t,

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya dapat menulis serpihan nasihat kepada rakan-rakan sekalian.Hari ini saya ingin membincangkan tentang kebaikan membaca ayat kursi selepas solat fardhu.
Okay kebiasaannya selepas kita selesai solat fardhu, kita diajar untuk berdoa kepada Allah untuk memohon pertolongan,petunjuk dan berharap kepada-Nya. Tapi ada amalan yang power jika kita lakukan lepas solat fardhu kita akan dijamin masuk ke dalam syurga. Apakah amalan power tersebut? Ya, membaca ayat kursi tiap-tiap kali lepas solat tak boleh miss tau. 
Nabi Muhamad SAW kata barangsiapa yang membaca ayat kursi tiap-tiap lepas solat fardhu tiada apa yang boleh halang dia masuk syurga melainkan mati.Maksudnya selepas kita mati kita akan dijamin dapat syurga lambat ataupun cepat. Subhanallah 

Janganlah kita mengabaikan pesanan Nabi Muhamad SAW kerana amalan memang mempunyai kebaikan besar buat kita semua jika kita mengamalkan.Selain daripada dijamin kita masuk syurga, Ayatul Kursi juga bila dibaca di dalam rumah, nescaya syaitan dan jin tidak akan mendekati sekitar rumah kita.

 So after this by hook or by crook mesti baca ayat kursi selepas sahaja selesai solat fardhu. Semoga kita semua dapat syurga pada perakhiran nanti. Moga-moga Allah memberkati kamu semua. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Azam Tahun Baru 2021

masuk tahun 2021 dah, aku dah umur 20++++ tahun dah boleh kahwin dah (ahak mana jodoh aku ni??) so mestilah tahun baru ade azam baru tapi az...