assalamualaikum & salam sejahtera,
Harini ni nak cerita sikit pasal pengalaman jadi cikgu ganti sekolah menengah lama. Awal januari haritu, aku baru habis study kat uitm puncak alam so, lepas habis belajar ingat berehat kejap la kat rumah sebelum cari kerja tetap kan. Mak aku iaitu gpk kepada sekolah ni suggest aku jadi cikgu ganti kejap sementara duduk rumah ni and yes aku terime jela kerja je la. Senang kerja duduk rumah makan mak tanggung. Fyi, yes aku pergi sekolah nak mengajar bersama-sama mak aku. Lepas 3 hari balik dari uitm aku dah start mengajar kat sekolah.
Actually nervous gila nak ajar budak sekolah sebab diri sendiri memang takde pengalaman mengajar takut2 ajar benda yang tak betul pulak. So cikgu yang aku ganti cuti setahun and aku boleh je berhenti awal kalau nak.Subjek yang aku ajar pulak subjek sains. Kena baca balik la buku teks sains la kan tapi yang tak bestnya kena ajar dalam bm sebab kita dulu biasa belajar dalam english, so kena belajar term2 baru dalam bahasa melayu.
Okay ramai mesti curious camne proses nak jadi cikgu ganti ni? Senang je korang boleh pergi kat sekolah berdekatan tanya ade tak jawatan kosong untuk guru ganti pastu kalau ade hang boleh apply terus kat situ nanti pihak sekolah uruskan. Selain tu, boleh pergi ke pejabat pelajaran daerah and apply je jawatan guru ganti nanti bila ade kosong dia akan inform. Kebiasaannya kena interview dulu sebelum mengajar sebab dia nak tengok kebolehan kita mengajar. Ala takat boleh bercakap depan depan orang pun boleh. Untuk kes aku ni, mak aku sendiri gpk so dia memang amik aku jelah sebab senang nak berususan apa semua. Nanti dah start mengajar dia akan suruh isi surat start kerja/akuan something like that isi je nanti bagi dekat pejabat sekolah.
Time mula2 kerja bulan februari covid ni tak berleluasa lagi kat malaysia so memang semua orang menjalani kehidupan macam biasa la tak pakai mask apa semua perhimpunanan ade. After march habis start lah kehidupan pkp and sekolah pun tutup and aku sempat mengajar dalam 2 bulan je hahahhahahaha sadis.Papepun aku happy je ajar budak2 ni selama 2 bulan.
First kelas aku masuk memang nervous giler sampai tahap tangan aku shaking giler. Aku perkenalkan diri dulu sebagai guru ganti and mula-mula dulu aku macam tak sempat nak baca silibus buku teks sbb first day dah kena mengajar so aku just suruh ulangkaji dulu topik-topik sebelum ni and next class aku dah start mengajar. Nasib baik ni sains lower form tau senang sikit nak paham. Actually mengajar ni memang takde training ke apa just terus mengajar ikut hang la nak ngahar lagumana janji murid-murid dapat input apa yang kita ajar.
Sebelum pkp haritu aku dapat kelas form 3 & form 1. Mostly form 3 dah mature sikit and senang sikit nak ikut cakap cikgu but agak takut nak mengajar diorang sbb budak pt3 kan. kelas form 1 aku kena handle kelas belakang sekali, nakal dia tak tahu nak cakap macam mana, bising tu jangan cakap la even aku tengah bercakap diorang gelak and berborak depan muka. Every class lain perangai diorang and ade yang ikut cakap ade yang tak. Memang penat handle tapi kerja kan terpaksa la hadap.
After kontrak aku habis, aku duduk rumah 4 bulan menjalani kehidupan and bulan julai sekolah bukak balik and aku kembali lagi guru ganti sampailah akhir bulan november.
For me, jadi seorang guru memang memerlukan banyak kesabaran layan kerenah anak-anak murid. Tapi yang tak expectnya aku macam suka jadi cikgu, kerja tak stress sangat (walaupun anak murid banyak kerenah), boleh balik awal kalau takde kelas petang and waktu rehat banyak sebab gap antara kelas sejam atau 2 jam. Tapi cikgu yang tetap banyak jugak kerja tapi aku malas nak explore.
Disebabkan aku kerja kat sekolah lama, sebenarnya aku terasa diri ni jadi seorang pelajar balik. seriously rasa awkward bila students bagi salam and panggil cikgu hahahhahaha tapi lama-lama dah biasa. You see environment sekolah ni tak berubah sangat, ade ramai cikgu cikgu ajar aku dulu still kerja kat sekolah and i still young and fresh gitu baru 6 tahun tinggalkan sekolah. And biasanya aku berborak ngan budak kelas aku macam kawan sebab macam banyak topik yang boleh borak ngan diorang sebab age gap tak besar sangat. kalau form 3, age gap 8 tahun gitu mcm adik-adik je.Kekadang aku suka bergurau or buat lawak kat kelas so that diorang tak rasa kelas aku ni bosan haahahahah walaupun aku tahu kelas sains memang bosan.
Apa-apapun goodluck lah pada sesiapa yang berminat nak jadi guru ganti tu.Ni antara pengalaman yang berharga and seriously best, aku akan ingat sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment