masuk tahun 2021 dah, aku dah umur 20++++ tahun dah boleh kahwin dah (ahak mana jodoh aku ni??)
so mestilah tahun baru ade azam baru tapi azam tahun lepas2 pun tak capai pun yelah not all what we want we can get lah
actually 2020 was not my worst year pun tapi ofcos tahun lepas memang ramai orang terjejas sebab pandemik covid. tapi aku just rasa bersyukur sangat-sangat buruk baik apa yang terjadi. disebabkan tahun 2020 terlalu banyak sangat perkara yang buruk berlaku so tahun aku ni tak harap banyak pun
aku just harap that aku dapat kerja yang bagus dan halal untuk cari rezeki yg halal. Yela nak bayar macam2 ni especially ptp*** hahahahha aku dah setahun habis belajar tapi kerja tetap pun takde. Insya-Allah aku percaya penentuan-Nya walaupun apa pun aku end up kerja apa pun, yang penting kita sendiri berusaha baiki skills and berusaha minta kerja.
selain tu, aku berazam nak jadi seorang muslimah yang lebih baik yela kena la balance dunia and akhirat. lately aku memang sedar aku sangat terkejar-kejar kan dunia yang tak beri faedah pun tapi happiness yang sementara sahaja. sepatutnya our goals is akhirat which is usaha untuk hadapi akhirat yang selama-lamanya. cuba cari or buat pahala dalam sehari tu walaupun sikit. and buatlah apa-apa kat dunia dengan mencari keredhaan Allah barulah Allah beri keberkataan dalam kehidupan kita ni.
honestly banyak kali gak aku rasa anxious sebab tak dapat kerja lagi tapi aku cuba cari benda positif di sebalik semua. mungkin aku tak kerja lagi tapi dapat jaga parents kat rumah tolong diorang buat kerja rumah sikit and most memorable bagi aku waktu aku tolong buat dulang hantaran tunang dia. so imagine kalau aku kerja time mungkin takde rezeki nak tolong family aku.
lagi satu aku memang berpegang dan yakin dengan plan Allah sebab plan Dia akan bagi perfect timing daripada plan kita sendiri. Sesungguhnya Allah tahu lebih baik daripada kita and semestinya Allah akan beri lebih baik walaupun kita tak dapat sekarang. jadi bersangka baik dengan Allah.
No comments:
Post a Comment