Wednesday, 6 January 2021
Azam Tahun Baru 2021
Monday, 4 January 2021
Cari barang tunang/kahwin last minute dekat cowboy
so haritu abang aku tunang last month which is tahun lepas la sebab sekarang kan januari lol. Happy new years btw and tak lama aku bakal dapat kakak ipar. My bro literally bertunang dengan secara tiba2 tau okay takdelah tiba2 tapi tarikh dia bertunang aku tahu 2 minggu sebelum.
and as u can imagine memang kelam kabut gila la persiapan nak siapkan dulang hantaran tunang. macam-macam halangan dan dugaan berlaku sepanjang 2 minggu tu.
asalnya plan my mum ade upah sorang kawan suruh gubah2 bunga kat atas dulang hantaran and tiba2 dia kata tak boleh nak buat sebab ade hal. last minute pulak tu seminggu sebelum tarikh bertunang. Pastu plan b nak beli dulang hantaran yg kotak transparent with some flowers on it dekat shopee tapi org tu nak ship tu lambat sangat so my mum decided refund je sbb takut lambat sangat sampai rumah.
Next plan pulak my mum nak pinjam je dulang daripada kawan2 dia. Fuh nasib baik ade orang sudi pinjamkan. Mak aku literally pinjam dua jenis dulang sbb nak tengok sesuai yang mana satu. Anyway yg dapat dulang sahaja so gubahan semuanya kena buat sendiri la kiranya. And pengubahnya aku.....
so next thing kena beli ialah bunga untuk digubah. Hari cari bunga hari khamis and bertunang hari sabtu, Ya Allah sangat last minute gila. So my mum, bro, sis pergi cari kedai bunga dekat2 dengan rumah. Ada tapi tutup hahahahahhaahah rasa macam aduh sempat ke ni??
then my mum suggest pergi je cowboy mentakab sbb semata nak beli gubahan. So kitorang pergi la cowboy mentakab. Bertolak dari karak ade la dalam 1 jam setengah jam.
Cowboy tempat dia besar and kedai dia macam warehouse yang jual macam2. Dari alat tulis ke barang-barang perkakas dapur ke barang kahwin. Boleh jumpa macam-macam dalam cowboy ni sbb banyak gila barang and lagi banyak barang daripada kedai mr. diy. first time masuk cowboy boleh sesat nau sebab besar sangat tempat dia.
Bunga-bunga plastik dia semua cantik belaka sumpah semua colour ade. Tak sempat nak tangkap gambar semua bunga. Selain bunga plastik ade jual dulang riben and banyak gila decoration dia jual. Bunga telur pun dia jual and rasanya doorgift pun ada tapi tak sempat nak usha sebab nak cepat.
Actually we never decided warna apa untuk gubahan bunga. Kebetulan pulak salah satu hantaran tudung duck and kotak tudung duck pulak warna purple so cari la warna ala purple and beli some bunga ros warna cream and putih. since kitorang tak sure nak guna warna apa untuk gubahan my sis and mum pilih banyak gila bunga.
sejujur rasa sangat serabut and pening bila kita nak ikutkan kehendak semua orang sbb ade org prefer ni tapi kita tak prefer yang tu pastu at last beli je semua bunga......
tbh, takde sape pun dilantik jadi pengubah hantaran semua org bekerjasama untuk siap dulang hantaran ni, but my bro literally said "mu acik aku bagi tugas gubah tak kisah la macam mana janji siap" at that moment of course la aku rasa mcm bertanggungjawab kena siapkan hantaran ni. Actually idea-idea gubahan hantaran is not 100% from me, ade je my family members suggest macam-macam. I only take what the best and yang rasa serabut or tak perlu aku tolak je
DAHLA TINGGAL 2 HARI JE GUBAH AND OFCOS AKU RASA STRESS SIKIT
balik dari kedai aku start gubah pukul 9 malam and sampai kol 3 pagi, woi dahla first time gubah bunga gubah dulang memang take time gila........penat gila and aku sorang je buat benda ni .......literally my energy drained.....teringat buat model architecture.....barainya sama.
proses mengubah dulang hantaran :)
esok nya bertolak pergi perak, and hantaran yang dah siap 2/5 ye sebab kek and brownies sampai pagi jumaat. so sampai perak lepas magbrib terus sambung gubah hantaran for kek, brownies and kuih sampaila pukul 1 pagi. hahahaahhaah penat! bila dah siap tu rasa lega gila weh!
Hari sabtu yang dinantikan pun tiba majlis pertunangan my bro berjalan lancar and i was quite excited sebab this is first time tengok my sibling engaged to someone. Rasa mcm bangga tengok gubahan babies aku dibawa huhuhuhuhuhu okay tanpa ilham and kudrat oleh Allah s.w.t aku rasa aku takleh buat pun.
hasil gubah last minute (okay la first time kot gubah) |
Azam Tahun Baru 2021
masuk tahun 2021 dah, aku dah umur 20++++ tahun dah boleh kahwin dah (ahak mana jodoh aku ni??) so mestilah tahun baru ade azam baru tapi az...
-
assalamualaikum & salam sejahtera, Harini ni nak cerita sikit pasal pengalaman jadi cikgu ganti sekolah menengah lama. Awal januari ha...
-
Assalam, so hari ni aku nak share pasal experience aku pergi temuduga senibina uitm beberapa minggu yang lalu. and yes aku memang mi...